Tahap hubungan Etnik di Malaysia: Dari segregasi ke amalgamasi
´ Tahap
perhubungan etnik di boleh diukur sejak zaman penjajahan lagi. Oleh itu,
perkembangan tahap hubungan etnik di Malaysia melalui satu proses yang panjang
sehingga ke hari ini. Perkembangan hubungan etnik di Malaysia bermula dari
tahap yang tahap rendah hinggalah ke tahap yang tinggi. Konsep-konsep hubungan
bermula segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi.
SEGREGASI
´ Ia
tahap perhubungan antara kaum atau etnik di Tanah Melayu yang bersifat
terpisah. Pemisahan ini dapat dilihat melalui tempat tinggal, system
pendidikan, pekerjaan dan pergaulan. Keadaan ini ketara dapat dilihat semasa
pendudukan British di Tanah Melayu.
´ Konsep
pemisahan etnik ini juga dapat dilihat di luar Negara seperti yang berlaku di
Afrika Selatan, iaitu amalan Dasar Apartheid (1948-1994) oleh kerajaan.
´ Formula
bagi konsep segregasi ini ialah A/B/C yang memperlihatkan adanya tembok pemisah
antara etnik-etnik.
AKOMODASI
´ Proses
di mana setiap etnik atau kaum menyedari norma dan nilai yang dimiliki oleh
etnik-etnik lain tetapi mereka tetap mempertahankan budaya dan nilai hidup
masing-masing.
´ Dalam
konteks Negara Malaysia, masyarakat Melayu, Cina, India, Sikh dan lain-lain
tetap mengamalkan dan mempertahankan budaya hidup masing-masing.
´ Formula
bagi konsep akomodasi ialah A+B+C=A+B+C/
AKULTURASI
´ Suatu
proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari
budaya yang lain. Walaupun sesuatu kelompok budaya itu menerima unsur-unsur
budaya etnik lain, ia tidak menyebabkan kehilangan identity asal kaum ataun
etnik yang menerimanya.
´ Contoh
yang berlaku di Malaysia ialah pemberian duit raya oleh orang Melayu semasa
hari raya (Budaya pemberian ang pau ialah budaya masyarkat Cina)
´ Formula
bagi konsep ini ialah Abc+Bac+Cab.
ASIMILASI
´ Proses
percantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu
kelompok budaya dan identity yang sama. Proses ini bermakna kumpulan budaya
sesuatu kaum atau etnik minority menerima budaya kumpulan etnik yang dominan.
´ Dengan
kata lain proses asimilasi akan berlaku apabila adanya,
´ Etnik
yang mempunyai budaya yang berbeza
´ Etnik-etnik
tersebut sentiasa berinteraksi
´ Interaksi
etnik berlaku dalam tempoh yang agak lama
´ Formula
bagi konsep ini ialah A+B+C=A(Dominan)
AMALGAMASI
´ Proses
yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya dan ras
yang baharu. Ia biasanya berlaku melalui perkahwinan campur antara etnik atau
kaum.
´ Ada
juga yang mengaitkan anak hasil perkahwinan campur mempunyai IQ yang tinggi,
cerdik, berpenampilan menarik dan sebagainya.
´ Formula
bagi konsep amalgamasi ialah A+B+C=D (Kelompok baharu).
Terima kasih atas perkongsian ini....
ReplyDeletethnk
ReplyDeletetenkiu
ReplyDeleteThank you
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian
ReplyDeletesangat membantu saya buat tutorial pad 270 :D terima kasih
ReplyDeletemasehhh >.<
ReplyDelete