Tuesday, 29 September 2015

Tahap Hubungan Etnik Di Malaysia

Tahap hubungan Etnik di Malaysia: Dari segregasi ke amalgamasi

´  Tahap perhubungan etnik di boleh diukur sejak zaman penjajahan lagi. Oleh itu, perkembangan tahap hubungan etnik di Malaysia melalui satu proses yang panjang sehingga ke hari ini. Perkembangan hubungan etnik di Malaysia bermula dari tahap yang tahap rendah hinggalah ke tahap yang tinggi. Konsep-konsep hubungan bermula segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi.

SEGREGASI
´  Ia tahap perhubungan antara kaum atau etnik di Tanah Melayu yang bersifat terpisah. Pemisahan ini dapat dilihat melalui tempat tinggal, system pendidikan, pekerjaan dan pergaulan. Keadaan ini ketara dapat dilihat semasa pendudukan British di Tanah Melayu.
´  Konsep pemisahan etnik ini juga dapat dilihat di luar Negara seperti yang berlaku di Afrika Selatan, iaitu amalan Dasar Apartheid (1948-1994) oleh kerajaan.
´  Formula bagi konsep segregasi ini ialah A/B/C yang memperlihatkan adanya tembok pemisah antara etnik-etnik.
AKOMODASI
´  Proses di mana setiap etnik atau kaum menyedari norma dan nilai yang dimiliki oleh etnik-etnik lain tetapi mereka tetap mempertahankan budaya dan nilai hidup masing-masing.
´  Dalam konteks Negara Malaysia, masyarakat Melayu, Cina, India, Sikh dan lain-lain tetap mengamalkan dan mempertahankan budaya hidup masing-masing.
´  Formula bagi konsep akomodasi ialah A+B+C=A+B+C/
AKULTURASI
´  Suatu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari budaya yang lain. Walaupun sesuatu kelompok budaya itu menerima unsur-unsur budaya etnik lain, ia tidak menyebabkan kehilangan identity asal kaum ataun etnik yang menerimanya.
´  Contoh yang berlaku di Malaysia ialah pemberian duit raya oleh orang Melayu semasa hari raya (Budaya pemberian ang pau ialah budaya masyarkat Cina)
´  Formula bagi konsep ini ialah Abc+Bac+Cab.
ASIMILASI
´  Proses percantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya dan identity yang sama. Proses ini bermakna kumpulan budaya sesuatu kaum atau etnik minority menerima budaya kumpulan etnik yang dominan.
´  Dengan kata lain proses asimilasi akan berlaku apabila adanya,
´  Etnik yang mempunyai budaya yang berbeza
´  Etnik-etnik tersebut sentiasa berinteraksi
´  Interaksi etnik berlaku dalam tempoh yang agak lama
´  Formula bagi konsep ini ialah A+B+C=A(Dominan)
AMALGAMASI
´  Proses yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya dan ras yang baharu. Ia biasanya berlaku melalui perkahwinan campur antara etnik atau kaum.
´  Ada juga yang mengaitkan anak hasil perkahwinan campur mempunyai IQ yang tinggi, cerdik, berpenampilan menarik dan sebagainya.

´  Formula bagi konsep amalgamasi ialah A+B+C=D (Kelompok baharu).

7 comments: