Wednesday, 30 September 2015

Takrif Etnik Dan Kaum

Takrif etnik dan kaum

´ Etnik selalunya didefinisikan sebagai satu kelompok manusia yang mempraktikkan atau mengamalkan budaya yang hamper sama, sama ada dari aspek adat resam, bahasa, pakaian atau kegaitan ekonomi.

´ Konsep etnik selalunya dikaitkan dengan konsep ras, bangsa dan kaum walaupun pada hakikatnya ketiga-tiga tersebut mempunyai maksud yang berbeza.

´ Ras dan bangsa lebih menekankan perbezaan fizikal atau sifat-sifat yang berkaitan dengan biology seperti keturunan dan pertalian darah.

´ Dalam konteks masyarakat Malaysia, terdapat pelbagai kelompok dan etnik yang berlainan tetapi bernaung di bawah sistem politik yang sama
´ Setiap etnik berbeza berdasarkan ciri budaya, kegiatan ekonomi, cara berpakaian, pola keluarga, orientasi politik dan juga pandangan yang berbeza.
Konsep Penting dalam hubungan etnik
´ Prejudis
´ Pandangan negatif terhadap kelompok etnik yang lain dan tidak berasaskan kepada maklumat yang tepat dan tidak diluahkan secara terbuka.
´ Stereotaip
´ Kenyataan umum yang negative terhadap kumpulan etnik tertentu atau juga satu gambaran berlebih-lebihan mengenai perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik seperti anggapan bahawa semua Melayu pemalas.
´ Dikriminasi
´ Perbuatan membezakan-bezakan seseorang individu atau kelompok etnik yang lain berasaskan ciri-ciri etnik.
´ Etnosentrik
´ Perasaan kekitaan dalam kalangan kelompok tertentu. Wujud budaya yang menyatukan mereka sama ada nilai, tingkah laku dan cara hidup.
´ Etnosentrisme´ Perasaan bangga dalam kalangan etnik tertentu bahawa budaya merekalah yang lebih baik daripada etnik lain.
´ Ras
´ Kelompok social yang mempunyai tanda kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal atau biological seperti warna kulit, rambut dan mata.
´ Rasisme
´ Pandangan sesuatu kelompok social terhadap kelompok social yang lain berdasarkan ciri-ciri fizikal.
Bangsa
´ Satu kumpulan atau ras yang berkongsi sejarah, tradisi dan budaya, bahasa serta kadang kala agama. Dalam konteks Negara Malaysia merujuk bangsa Melayu, Cina, India dan kaum minority yang lain seperti Sikh, Iban, Bajau dan sebagainya. Kumpulan ini juga mempunyai identity kebangsaan. Ada juga yang membezakan bangsa dengan etnik, ras dan etnik, bangsa dan warganegara berdasarkan identity umum serta kesetiaan.

Tuesday, 29 September 2015

Tahap Hubungan Etnik Di Malaysia

Tahap hubungan Etnik di Malaysia: Dari segregasi ke amalgamasi

´  Tahap perhubungan etnik di boleh diukur sejak zaman penjajahan lagi. Oleh itu, perkembangan tahap hubungan etnik di Malaysia melalui satu proses yang panjang sehingga ke hari ini. Perkembangan hubungan etnik di Malaysia bermula dari tahap yang tahap rendah hinggalah ke tahap yang tinggi. Konsep-konsep hubungan bermula segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi.

SEGREGASI
´  Ia tahap perhubungan antara kaum atau etnik di Tanah Melayu yang bersifat terpisah. Pemisahan ini dapat dilihat melalui tempat tinggal, system pendidikan, pekerjaan dan pergaulan. Keadaan ini ketara dapat dilihat semasa pendudukan British di Tanah Melayu.
´  Konsep pemisahan etnik ini juga dapat dilihat di luar Negara seperti yang berlaku di Afrika Selatan, iaitu amalan Dasar Apartheid (1948-1994) oleh kerajaan.
´  Formula bagi konsep segregasi ini ialah A/B/C yang memperlihatkan adanya tembok pemisah antara etnik-etnik.
AKOMODASI
´  Proses di mana setiap etnik atau kaum menyedari norma dan nilai yang dimiliki oleh etnik-etnik lain tetapi mereka tetap mempertahankan budaya dan nilai hidup masing-masing.
´  Dalam konteks Negara Malaysia, masyarakat Melayu, Cina, India, Sikh dan lain-lain tetap mengamalkan dan mempertahankan budaya hidup masing-masing.
´  Formula bagi konsep akomodasi ialah A+B+C=A+B+C/
AKULTURASI
´  Suatu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari budaya yang lain. Walaupun sesuatu kelompok budaya itu menerima unsur-unsur budaya etnik lain, ia tidak menyebabkan kehilangan identity asal kaum ataun etnik yang menerimanya.
´  Contoh yang berlaku di Malaysia ialah pemberian duit raya oleh orang Melayu semasa hari raya (Budaya pemberian ang pau ialah budaya masyarkat Cina)
´  Formula bagi konsep ini ialah Abc+Bac+Cab.
ASIMILASI
´  Proses percantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya dan identity yang sama. Proses ini bermakna kumpulan budaya sesuatu kaum atau etnik minority menerima budaya kumpulan etnik yang dominan.
´  Dengan kata lain proses asimilasi akan berlaku apabila adanya,
´  Etnik yang mempunyai budaya yang berbeza
´  Etnik-etnik tersebut sentiasa berinteraksi
´  Interaksi etnik berlaku dalam tempoh yang agak lama
´  Formula bagi konsep ini ialah A+B+C=A(Dominan)
AMALGAMASI
´  Proses yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya dan ras yang baharu. Ia biasanya berlaku melalui perkahwinan campur antara etnik atau kaum.
´  Ada juga yang mengaitkan anak hasil perkahwinan campur mempunyai IQ yang tinggi, cerdik, berpenampilan menarik dan sebagainya.

´  Formula bagi konsep amalgamasi ialah A+B+C=D (Kelompok baharu).

Monday, 28 September 2015

Kepelbagaian Etnik Di Malaysia

Kepelbagaian Etnik Di Malaysia
Kewujudan pelbagai etnik di alam Melayu telah memberi sumbangan terhadap pembentukan masyarakat plural yang dapat hidup secara bersama dalam kepelbagaian. Asia Tenggara semasa pra-Eropah merupakan tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia yang didorong oleh: Ketuhanan (God/ Gospel), Kekayaan (Gold), Kemenangan (Glory), Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum kedatangan orang Eropah terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya.


Kesepakatan 3 etnik terbesar negara ketika Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 membolehkan rakyat menikmati kuasa politik yang sama rata dengan dasar perkongsian kuasa. (Melayu, Cina dan India). Kekayaan, pembangunan masyarakat yang adil di sisi undang- undang, amalan demokrasi serta kontrak sosial di antara kepelbagaian kaum menghasilkan keharmonian masyarakat Malaysia. Konsep perkongsian kuasa, pengagihan pendapatan negara secara adil, peluang pendidikan yang sama di antara kaum, kebebasan beragama yang dijamin oleh perlembagaan negara, perlindungan terhadap kaum minoriti serta dasar-dasar yang lain, telah dapat menjamin keharmonian rakyat berbilang kaum dan etnik di negara kita.
ETNIK % Tahun 1957 % Tahun Bumiputera 49.8 Cina 37.2 India 11.3 Lain-lain 1.7 Jumlah
• Melalui penjajahan Inggeris, wujud masyarakat perlbagai etnik melalui kemasukan orang Cina dan India sebagai buruh • Mereka diasingkan dengan penduduk tempatan dari segi pekerjaan, tempat tinggal dan sistem persekolahan, dan menyukarkan untuk berinteraksi sesama kaum. • Penjajahan Jepun pula mengamalkan dasar pembahagian yang jelas antara kaum menyebabkan meningkatnya perasaan permusuhan dan akhirnya mencetuskan pergaduhan antara kaum. • Hubungan etnik dirumitkan lagi dengan penubuhan Malayan Union yang ditolak oleh Melayu dan diterima oleh kaum Cina dan India terutama berkaitan dengan isu kewarganegaraan.
• Menjadi semakin rumit selepas darurat diisytiharkan terutama antara kaum Melayu dan Cina • British memperkenalkan rancangan penempatan semula yang membataskan pergaulan kaum Melayu yang ditempatkan di kampung Melayu dan Cina di kampung Baru • Isu utama politik ketika ini seperti penguasaan ekonomi oleh golongan pendatang, penglibatan Cina dalam politik Tanah Melayu serta perjuangan etnik mempertahankan budaya, bahasa dan pendidikan. • Penyatuan etnik dipupuk melalui dasar-dasar kerajaan berkaitan pendidikan dan ekonomi serta kerjasama politik melalui Perikatan • Pelaksanaan dasar-dasar awam kerajaan berkaitan sosial, pendidikan dan ekonomi bagi mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia. • Antaranya melalui Majlis Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Gagasan 1Malaysia, Rancangan-Rancangan Ekonomi dan sebagainya.
• Hubungan etnik dicorakkan oleh penempatan penduduk bumiputera dan bukan bumiputera serta Bumiputera bukan Islam dan Bumiputera Islam. • Sistem penempatan dibentuk melalui sistem kepercayaan di kalangan penduduk; Bumiputera Islam(Bajau,Idahan,Iranun,Sulu,Bisaya,Melayu-Brunei dan Orang Sungai) dan Bumiputera bukan Islam(Dusun,Murut,Rungus) • Mengamalkan hubungan etnik yang harmoni kerana penduduk meletakkan keutamaan kebudayaan dalam urusan kehidupan bermasyarakat berbanding pembezaan keagamaan serta ikatan kekeluargaan yang lebih kuat berbanding agama. • Brooke mengamalkan dasar mengasingkan kumpulan etnik mengikut kepentingan kepada pentadbiran British di Sarawak • Perhubungan antara etnik-etnik berasaskan ekonomi. • Mengasingkan setiap kumpulan etnik di Sarawak mengikut petempatan dan pekerjaan yang berlainan bagi mengelakkan pertelingkahan dan pertumpahan darah yang membawa kepada pengenalan etnik berdasarkan tempat tinggal.

Pluraliti • Abad 13M-15M • Kesultanan Melaka • Tanpa Paksaan Masyarakat Plural • 1824M-1957M • Penjajahan Inggeris • Paksaan Masyarakat Pluralistik • 1957 • Kemerdekaan • Pluraliti Baru Kedatangan Penjajah
Pluraliti budaya di Tanah Melayu merupakan hasil pertemuan dan pertembungan budaya besar dunia yang melahirkan fenomena sosial yang Istimewa di Alam Melayu 2 konsep utama ciri-ciri masyarakat Asia Tenggara: Pluraliti • Bercirikan semula jadi, tanpa paksaan dan fleksibel. Masyarakat Pluralistik (plural society) • Bercirikan pemaksaan dan perbezaan. Pluraliti budaya di Tanah Melayu merupakan hasil pertemuan dan pertembungan budaya besar dunia yang melahirkan fenomena sosial di Alam Melayu.

PERBEZAAN CIRI-CIRI yang mewujudkan kepelbagaian bangsa PLURALITI • Semula jadi tanpa paksaan • Sukarela mencari kehidupan dan kekayaan • Disertai ahli keluarga • Menjamin ketenangan pemikiran dan perasaan PLURALISTIK • Secara paksaan • Demi kepentingan ekonomi dan politik Inggeris • Tidak disertai keluarga • Tidak pernah melupakan negara asal
PLURALITI
Mewujudkan interaksi yang harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem Sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan Mengamalkan budaya seharian orang Melayu Amalan dan adat resam pendatang diterima oleh penduduk tempatan PLURALISTIK Gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem Mewujudkan kelompok masyarakat dengan sistem tersendiri Terasing dengan kelompok lain walaupun di tempat yang sama Gagal mengenali antara satu sama lain.
Perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti bahasa, agama dan adat resam. Timbulnya jarak sosial antara anggota masyarakat kerana kurang interaksi. Perbezaan pekerjaan dan tempat tinggal. Prasangka dan prejudis yang menebal. Keengganan anggota masyarakat untuk membuka dunia sosial kepada masyarakat lain dan kecenderungan untuk mengekalkan identiti masing-masing. Dominasi sesuatu kaum dalam bidang-bidang tertentu seperti politik atau perniagaan. Bilangan anggota masyarakat majoriti dan minoriti lebih kurang sama.
CABARAN HUBUNGAN ETNIK POLITIK EKONOMI SOSIAL AGAMA DAN BUDAYA
Politik Perkauman
Setiap kaum di Malaysia diwakili oleh parti politik masing-masing. Menyuara, menjaga serta memperjuangkan kepentingan dan kelangsungan kaum masing-masing. Sukar menerima pemimpin dari kaum lain. Semangat perkauman yang menebal. Dominasi Sektor Ekonomi. Jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi dan ketidakseimbangan pendapatan. Tiap-tiap etnik berusaha untuk mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud. Interaksi berlaku di kalangan etnik yang sama. Semangat perkauman terus menebal.
Pemisahan Fizikal.
Akibat dasar pecah perintah British. Merenggangkan hubungan dan menyukarkan interaksi. Memperkuatkan perasaan kekitaan dan etnosentrisme. Sistem Pendidikan yang Berasingan (Sekular). Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda menyebabkan interaksi berkisar dikalangan etnik sendiri sahaja. Polarisasi dalam Kalangan Pelajar. Keterasingan di peringkat sekolah rendah, kerenggangan di sekolah menengah serta di Institusi Pengajian Tinggi menyukarkan proses hubungan etnik di Malaysia iaitu Kontrak Sosial. Kontrak Sosial yang menjadi asas dalam pembinaan masyarakat Malaysia seringkali di pertikaikan.
Setiap etnik mempunyai agama, adat istiadat bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Mudah terjadinya konflik. Setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Mengutamakan anggota dari etnik yang sama dalam mendapatkan pekerjaan, memilih sahabat dan mencari teman hidup. Pemikiran sekularisme; memisahkan urusan dunia daripada urusan agama dan Tuhan dari segala urusan kehidupan manusia.
Islam telah memberi pengaruh yang mendalam dalam pertumbuhan dan perkembangan Tamadun Malaysia. Dengan majoriti penduduk beragama Islam, maka sewajar Islam menjadi asas hubungan etnik dan integrasi nasional kerana ia serasi dengan majoriti penduduk dan minoritinya. Sebagai agama rasmi, Islam mestilah dihormati kerasmiannya namun ia tidak menghalang kebebasan beragama. Wawasan yang jelas, konsisten dan dikongsi bersama. Mestilah mempunyai visi yang sama tentang hala tuju dan hasil integrasi yang diingini. Gagasan 1Malaysia dan Wawasan 2020 harus dijadikan salah satu paksi terpenting pada keseluruhan gagasan hubungan etnik dan integrasi nasional negara ini
Keazaman dan kemantapan politik.
Pemimpin yang berwibawa dan ada niat untuk menginstitusikan hubungan etnik. Niat ini dicetuskan oleh kesedaran tentang pentingnya hubungan etnik. Dari sini akan tercetus kemahuan serta aktiviti dalam bentuk pelan tindakan yang berkesan. Faktor ekonomi memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan hubungan etnik di Malaysia. Hubungan etnik dan integrasi hanya boleh terhasil jika keperluan asas untuk survival manusia dipenuhi.
Kepelbagaian etnik di Malaysia telah wujud berkurun lama dahulu kesan dari kedatangan penjajah sewaktu zaman kesultanan Melayu Melaka. Perkembangan etnik membawa impak positif dan negatif kepada negara dan kehidupan bermasyarakat. Untuk memastikan keharmonian etnik sejagat, segenap aspek perlu di ambil kira agar sama rata namun tidak memberi kesan terhadap keistimewaan etnik majoriti iaitu melayu dan bumiputera.

Friday, 18 September 2015

Konsep-Konsep Dalam Hubungan Kaum Dan Etnik

Konsep-konsep dalam hubungan kaum dan etnik

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan dan agama. Mengikut Jabatan Perangkaan Negara (2006), komposisi jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 26.46 juta orang. Daripada jumlah tersebut 24.8 juta orang merupakan warga negara Malaysia manakala bakinya 1.84 juta merupakan bukan warganegara Malaysia. Kaum melayu mewakili 54% daripada populasi penduduk iaitu seramai 13.48 juta orang. Kaum bumiputera selain Melayu seramai 2.39 juta orang yang mewakili 11.8%. Oleh itu kaum bumiputera mewakili 65.8% daripada jumlah keseluruhan warganegara Malaysia. Kira-kira 25% daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina iaitu seramai 6.22 juta orang. 7.5% terdiri daripada kaum India seramai 1.86 juta orang, manakala kaum lain pula mewakili 1.7% iaitu seramai 318.9 ribu orang.
Seorang pakar antropologi, J.S. Furnival (1948) menyatakan masyarakat majmuk adalah merujuk kepada masyarakat campuran yg berbilang bangsa. Namun, campuran ini dalam ertikata yg sebenar, bergaul tapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama, adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidupnya yg tersendiri.